MEFA

Saturday, 9 September 2017

Pakej Perkahwinan Paling Menarik 2017: Calling for vendor

Produk Perkahwinan adalah suata yang wajib akan dicari oleh bakal-bakal pengantin. Jika anda sebagai usahawan perkahwinan, mempunyai perniagaan katering, pelamin, andaman, kad kahwin, foto, video, cenderahati perkahwinan dan pelbagai lagi, sertai promosi di tapak pameran pengantin seperti Malaysia Wedding Festival (MEFA).

Kenapa perlunya promosi di Pameran?
- Pengantin perlukan one to one untuk mengetahui pakej anda
- Direct dengan kualiti pelanggan
- Sales cover 3 bulan dan lebih melalui pameran
- Nak cerita kelebihan, memang banyak sebab itu MEFA hanya diadakan 3x setahun sahaja.

Buat promosi secara Online di Ig & FB memang betul dan teknologi kini TAPI, offline di pameran merupakan cara terbaik untuk anda menerangkan promosi dan mendapatkan sales secara jelas.

Jadi, apa tunggu lagi, jom booking tapak pameran serendah RM2,500 sahaja.

Berminat? Hubungi atau Whatsapp segera 012-3871775.


Tuesday, 22 August 2017

‘MEGA WEDDING MALAYSIA’, MAJLIS RAJA SEHARI BERKUMPULAN TAHUN KEDUA BERTURUT-TURUT

Putrajaya, 12 Ogos 2017 – Mega Wedding Malaysia kali ini menjadi hos kepada 10 pasangan pengantin yang telah memberi kepercayaan kepada syarikat perancang perkahwinan ini untuk melaksanakan acara yang gemilang mengikut lunas Islam. Perkahwinan beramai-ramai kini menjadi ‘trend’ kerana sebab-sebab yang munasabah kerana para pengantin dapat menjimat kos. Walaupun begitu, dengan anjuran Mega Wedding Malaysia, mereka akan melalui saat-saat yang indah yang meriah dengan bajet yang rendah. Dengan kos yang rendah, semuanya selesai dari sesi persolekan di Cruise Putrajaya, majlis pernikahan di Masjid Putrajaya hingga ke makan beradab dan majlis resepsi yang meriah di Marina Putrajaya.
Pada Mega Wedding Malaysia kali pertama dan kedua yang dianjurkan pada tahun 2016 dan 2017, ia menjadi ikutan dan pilihan bakal-bakal pengantin. “Kami sememangnya menyediakan yang terbaik bagi pasangan-pasangan ini. Walaupun dengan kos yang rendah, tiada apa kurang namun agak mewah. Lokasi pilihan kami pun indah dan amat menarik, tidak yang biasa,” kata En Azahari Azemi, penganjur Mega Wedding Malaysia.
Konsep persandingan pula bertemakan Perkahwinan Taman Di Tepi Tasik iaitu di Marina Putrajaya. Setiap pasangan dicaj hanya RM7,000.00 untuk pakej perkahwinan yang sungguh istimewa ini yang nilainya pasti akan mencecah angka yang lebih tinggi jika dilangsungkan secara persendirian. Tujuan utama Mega Wedding Malaysia ialah membantu pasangan pengantin meringankan bebanan belanja perkahwinan tetapi masih dapat melalui pengalaman yang indah dan tidak mudah dilupakan.
Projek ini boleh dikatakan ‘bukan bermotifkan keuntungan’ dan merupakan ‘kesedaran’ dan bantuan untuk bakal pengantin dan ibubapa pengantin yang  kurang mampu. Penganjur bersama acara ini ialah Qistina Avenue Events Management Sdn Bhd dan Mahligai Catering Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI Putrajaya.
Pasangan pengantin mendapat pakej seperti dibawah dengan bayaran RM7,000.00
1)    200 pax jemputan untuk setiap pasangan
2)    Menu Katering istimewa
3)    Live show daripada band terpilih
4)    Deejay Jemputan dan PA System
5)    “Door Gift” untuk setiap tetamu
6)    Videografi dan Fotografi merangkumi seluruh perjalanan acara
7)    Liputan khas daripada media
8)    Hadiah misteri daripada pelbagai penaja istimewa
9)    Cruise istimewa sepanjang Tasik Putrajaya untuk setiap pasangan
10) Pelamin Eksklusif istimewa
11) Pelamin Nikah di dalam Cruise
12) Pengurusan majlis nikah di Masjid Putra, Putrajaya
13) Percuma Kad Kahwin untuk setiap jemputan para pasangan
14) Kek Kahwin untuk semua pasangan
15) Penginapan Hotel satu malam di Shangri-La Putrajaya (5 Bintang)
Senarai Penaja
1)        Ampire Events
2)        Eddie Photo Video
3)        Yann Rifft Team (Makeup)
4)        Coffee Corner Faizal Azzuuri
5)        Fynaz Wedding Favors
6)        Butik Norjuma
7)        Masjid Putra, Putrajaya
8)        Shangri-La Putrajaya
9)        Marina Putrajaya
10)     Cruise Tasik Putrajaya

Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Azahari di 012-3871775



















Thursday, 13 April 2017

Pameran Perkahwinan di Malaysia Paling Popular Kembali pada 12-14 Mei 2017

Festival pengantin paling popular iaitu Malaysia Wedding Festival (MEFA) akan kembali menanti semua bakal-bakal pengantin pada 12-14 Mei 2017 di Shah Alam Convention Centre (SACC).  Penganjuran kali ke-16 oleh Mefa Events pasti dinantikan kerana tawaran sehingga 70% diskaun pakej pengantin hanya terhad untuk 3 hari pameran sahaja dari 10 pagi hingga 9 malam.



Festival pengantin ini merupakan kemudahan kepada bakal-bakal pengantin untuk melakukan persiapan perkahwinan kerana MEFA menganjurkan pameran seperti One Stop Centre Wedding, dari produk katering, pelamin, butik pengantin, kad kahwin, cenderahati, dewan perkahwinan dan pelbagai lagi. Kesemua vendor atau wedding planner yang menyertai MEFA adalah gabungan dari pelbagai kawasan dari Shah Alam, Ampang, Bangi, Kajang, Damansara, Gombak dan seluruh Lembah Klang. Keseluruhan vendor membuat promosi di MEFA melebihi 100 tapak promosi.

Apa yang menarik lagi tentang festival kali ini, dengan setiap tempahan mana-mana pakej minima RM500 (terkumpul) di MEFA, bakal-bakal pengantin berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti pakej bulan madu, gadjet, t-shirt, barangan kecantikan dan sekurang-kurangkan coklat. Yang penting, setiap tempahan wajib dapat hadiah.

Jika anda berminat melihat pertunjukan fesyen, pertandingan makeup artist, jangan ketinggalan kerana vendor MEFA akan membuat pertunjukan tersebut pada hari sabtu dan ahad.






Untuk memudahkan pengunjung yang akan hadir ke MEFA nanti, penganjur akan menyediakan maklumat terkini melalui saluran sosial media di:

Instagram: MEFAPENGANTIN
Facebook: Malaysia Wedding Festival(MEFA) 
Web: www.mefa.my

Contact: 012-3871775

Saturday, 17 December 2016

PAMERAN PENGANTIN TERBAIK 2016 AKAN DATANG DI SACC

Siapa Nak Kahwin? Jangan Lepaskan peluang ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) pada 23 hingga 25 Disember 2016 di Shah Alam Convention Centre (SACC). Masuk Percuma Tau!!!

Festival Pengantin Paling Popular di Malaysia ini akan menawarkan pakej perkahwinan yang istimewa dari vendor seluruh lembah klang dimana merangkumi 65 syarikat perkahwinan dari produk katering, butik pengantin, andaman, wedding planner, lokasi perkahwinan, fotografi, videografi, kad kahwin, door gift, pakej bulan madu dan banyak lagi.

Jom save the date semua!