MEFA

Tuesday, 22 August 2017

‘MEGA WEDDING MALAYSIA’, MAJLIS RAJA SEHARI BERKUMPULAN TAHUN KEDUA BERTURUT-TURUT

Putrajaya, 12 Ogos 2017 – Mega Wedding Malaysia kali ini menjadi hos kepada 10 pasangan pengantin yang telah memberi kepercayaan kepada syarikat perancang perkahwinan ini untuk melaksanakan acara yang gemilang mengikut lunas Islam. Perkahwinan beramai-ramai kini menjadi ‘trend’ kerana sebab-sebab yang munasabah kerana para pengantin dapat menjimat kos. Walaupun begitu, dengan anjuran Mega Wedding Malaysia, mereka akan melalui saat-saat yang indah yang meriah dengan bajet yang rendah. Dengan kos yang rendah, semuanya selesai dari sesi persolekan di Cruise Putrajaya, majlis pernikahan di Masjid Putrajaya hingga ke makan beradab dan majlis resepsi yang meriah di Marina Putrajaya.
Pada Mega Wedding Malaysia kali pertama dan kedua yang dianjurkan pada tahun 2016 dan 2017, ia menjadi ikutan dan pilihan bakal-bakal pengantin. “Kami sememangnya menyediakan yang terbaik bagi pasangan-pasangan ini. Walaupun dengan kos yang rendah, tiada apa kurang namun agak mewah. Lokasi pilihan kami pun indah dan amat menarik, tidak yang biasa,” kata En Azahari Azemi, penganjur Mega Wedding Malaysia.
Konsep persandingan pula bertemakan Perkahwinan Taman Di Tepi Tasik iaitu di Marina Putrajaya. Setiap pasangan dicaj hanya RM7,000.00 untuk pakej perkahwinan yang sungguh istimewa ini yang nilainya pasti akan mencecah angka yang lebih tinggi jika dilangsungkan secara persendirian. Tujuan utama Mega Wedding Malaysia ialah membantu pasangan pengantin meringankan bebanan belanja perkahwinan tetapi masih dapat melalui pengalaman yang indah dan tidak mudah dilupakan.
Projek ini boleh dikatakan ‘bukan bermotifkan keuntungan’ dan merupakan ‘kesedaran’ dan bantuan untuk bakal pengantin dan ibubapa pengantin yang  kurang mampu. Penganjur bersama acara ini ialah Qistina Avenue Events Management Sdn Bhd dan Mahligai Catering Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI Putrajaya.
Pasangan pengantin mendapat pakej seperti dibawah dengan bayaran RM7,000.00
1)    200 pax jemputan untuk setiap pasangan
2)    Menu Katering istimewa
3)    Live show daripada band terpilih
4)    Deejay Jemputan dan PA System
5)    “Door Gift” untuk setiap tetamu
6)    Videografi dan Fotografi merangkumi seluruh perjalanan acara
7)    Liputan khas daripada media
8)    Hadiah misteri daripada pelbagai penaja istimewa
9)    Cruise istimewa sepanjang Tasik Putrajaya untuk setiap pasangan
10) Pelamin Eksklusif istimewa
11) Pelamin Nikah di dalam Cruise
12) Pengurusan majlis nikah di Masjid Putra, Putrajaya
13) Percuma Kad Kahwin untuk setiap jemputan para pasangan
14) Kek Kahwin untuk semua pasangan
15) Penginapan Hotel satu malam di Shangri-La Putrajaya (5 Bintang)
Senarai Penaja
1)        Ampire Events
2)        Eddie Photo Video
3)        Yann Rifft Team (Makeup)
4)        Coffee Corner Faizal Azzuuri
5)        Fynaz Wedding Favors
6)        Butik Norjuma
7)        Masjid Putra, Putrajaya
8)        Shangri-La Putrajaya
9)        Marina Putrajaya
10)     Cruise Tasik Putrajaya

Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Azahari di 012-3871775